Isnin, 27 Februari 2012

Fahami Tabiat Makan Anak-anak


Berapakah jumlah sebenar makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak?

Kanak-kanak berusia di antara satu hingga dua tahun hanya boleh makan kira ¼ atau ½ daripada saiz orang dewasa.


Berapa kerapkah kanak-kanak perlu makan?

Saiz perut kanak-kanak sangat kecil dan mereka tidak mampu untuk kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Namun, kanak-kanak kerap makan!

Kanak-kanak perlu mengambil snek dua hingga tiga kali sehari selain hidangan utamanya

Tawarkan pelbagai snek berkhasiat di antara waktu utama makan utama anak anda.

Susu dan jus merupakan pilihan snek yang baik, namun jangan terlebih beri kerana minuman itu mengandungi manisan semula jadi.

Kopi dan teh tidak sepatutnya diberikan!


Bagaimana jika anak enggan makan sesetengah jenis makanan?

Seperti orang dewasa, selera kanak-kanak juga pelbagai. Jika hari ini dia menolak roti, ini tidak bermakna dia tidak akan makan roti selama-lamanya. Yang penting jangan berputus asa!


Perlukah vitamin?

Pil vitamin sebenarnya tidak mampu memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Paling penting adalah pengambilan diet seimbang!


Bagaimana Buka Selera Anak Makan?


Adakalanya memang sukar menyuruh anak makan, tapi ada cara menarik perhatian mereka.... Pemakanan anak-anak, terutama yang sedang membesar, amat perlu dititikberatkan. Ini kerana daripada makananlah mereka mendapat tenaga, serta membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat.

Jika anak-anak kurang selera makan, dan sering menolak makanan berkhasiat yang disediakan, mereka akan berdepan masalah kurang nutrisi dan berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan lain pula.

Maka para ibu bapa perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk menjamah makanan. Antara caranya:

1. Menyediakan dan menghiasi makanan dengan lebih warna-warni.



2. Bentukkan makanan dengan lebih menarik, contohnya watak-watak kartun yang mereka minati. Anda juga boleh gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan.

3. Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.

4. Guna pelbagai kaedah memasak yang boleh membangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan.

5. Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.

6. Cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!

7. Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan.

8. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya.

9. Bagi kanak-kanak tidak sukakan sayur, sediakan hidangan yang anda boleh sembunyikan sayuran; contohnya bergedel dan sos spageti yang mengandungi sayur yang dicincang halus.

10. Gunakan pinggan mangkuk yang menarik perhatian kanak-kanak seperti yang bergambar atau berbentuk watak kartun.




Jumaat, 24 Februari 2012

CORNFLAKES BERSALUT COKLAT





Cornflakes Bersalut Coklat

Bahan-bahan

2 cawan cornflakes

1 bar Cadbury Chocolate

2 sudu Mentega

Paper Cup

Coklat Rice untuk hiasan


Cara-caranya

Masak coklat dan mentega guna teknik double boil. Setelah cair campurkan coklat tadi ke dalam conflakes dan kacau rata.

Sebelum coklat sejuk, masukkan ke dalam paper cup. Tabur coklat rice sebagai hiasan.

NASI GORENG CINA



Nasi Goreng Cina (utuk 2 hidangan)

Bahan-bahan

2 cawan Nasi

1/2 cawan Sayur Campur (kacang peas, jagung dan lobak merah)

2 biji Telur

6 ekor Udang

1/2 cawan Daging Ayam

3 ulas Bawang Merah

2 ulas Bawang Putih

1 sudu Sos Tiram

1/2 sudu serbuk Lada Putih

Garam dan Gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya

Panaskan sedikit minyak utuk menumis. Masukkan telur yang telur dipukul. Masak hancur dan ketepikan.

Gunakan minyak tadi, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan daging ayam.

Kacau rata. Dan masukkan sos tiram dan serbuk lada putih. Serta sayur campur dan udang. Kacau rata.

Masukkan nasi dan gaul bersama bahan-bahan tadi sehingga masak. Tambahkan telur hancur yg digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.





CUCUR JAGUNG MANIS




Bahan-bahan

1 1/2 cawan Tepung Gandum

1/2 cawan Tepung Goreng Pisang

1 tongkol Jagung Manis (dihiris halus)

5 sudu Gula (ikut citarasa)

Secubit Garam

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

Campur semua bahan-bahan tadi kecuali jagung. Bancuhkan dengan air sehingga sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Masukkan jagung dan biar sebentar dalam 5 minit.

Panskan minyak dan boleh mula menggoreng.


SUP MACARONI



Sup Macaroni (untuk 2 hidangan)

1 cawan Macaroni

1 biji Kentang (dipotong dadu)

1 batang Lobak Merah (dipotong dadu)

1 bahagian Dada Ayam (dihiris kecil)

1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)

2 ulas Bawang Putih (dihiris kecil)

Daun Bawang untuk hiasan

1/2 sudu Lada Putih

1/2 sudu Stok Ayam

3 cawan air

Garam dan Gula secukup rasa


Cara-caranya

Rebus macaroni sehingga lembut.

Didihkan air di dalam periuk. Masukkan daging ayam dan reneh.

Kemudian masukkan kentang, lobak merah, bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga empuk.

Masukkan serbuk lada putih, stok ayam serta garam dan gula secukup rasa. Renehkan sehingga masak. Hidanglan bersama macaroni dan daun bawang.

Khamis, 23 Februari 2012

BUBUR LABU KUNING


Bubur Labu Kuning - untuk 2 hidangan

(untuk bayi 6 bulan ke atas)

Bahan-bahan

200 gm Labu Kuning (kupas dan hiris kecil)

50 gm Brokoli (dicincang halus)

100 ml Air

200 ml Susu Ibu (atau 2 sudu susu formula dibancuh bersama 200ml air suam)

Cara-caranya:

Rebus labu kuning dan brokoli sehingga empuk. Angkat dan sejukkan.

Masukkan ke dalam pengisar, kisar hingga halus. Masukkan susu ibu atau susu formula dan kacau hingga rata.

Nilai gizi per hidang:

Tenaga: 81 Kkal

Protein: 2,9 g

Lemak: 1,6 g

Karbohidrat: 13,8 g